Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Pulanglah Aleeyana!

LABIS – Seorang ibu tunggal di Pekan Air Panas, di sini, merayu agar anak tunggalnya yang menghilangkan diri daripada rumah sejak 29 Disember lalu supaya pulang ke pangkuan keluarganya.

Suhaizah Mohd Sharif, 45, berkata, dia menyedari kehilangan anak perempuannya, Nur Aleeyana Azizi, 16, anaknya itu tidak pulang ke rumah selepas urusan pendaftaran sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamarul Ariffin, di sini.

“Ini merupakan kejadian kali pertama dia menghilangkan diri dan sebelum ini terdapat salah faham di antara Aleeyana apabila adik saya menegur keputusan Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) Aleeyana yang tidak begitu cemerlang.

“Tetapi saya tidak menyangka dia merajuk sampai sanggup menghilangkan diri dan hari ini (kelmarin) sudah lapan hari dia menghilangkan diri dan saya bersama adik beradik yang lain sudah puas mencarinya tetapi tidak menemuinya,” katanya.

Menurutnya, dia yang bekerja sebagai pembantu kedai di Pekan Labis juga mengakui emosinya tidak stabil apabila memikirkan keadaan anaknya itu selain sudah membuat laporan polis pada 30 Disember lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

“Telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi dan apa yang merisaukan saya dia keluar sehelai sepinggang dan mengikut kata rakannya, kali terakhir dia melihat Aleeyana adalah di Stesen Bas Labis.

“Ketika kejadian dia hanya membawa beg sekolah sahaja dan apa yang saya risaukan adalah keselamatan dirinya memandangkan dia seorang perempuan selain makan minum dan tempat tidurnya,” katanya.

Menurutnya, dia yang tinggal bersama ibunya, Raimah Abu, 66, dan adiknya, Salmi Mohd Sharif, 36, juga berharap Aleeyana dapat pulang segera ke rumah dan bersedia memaafkan kesalahan anaknya selain dapat meneruskan sesi persekolahan di tingkatan empat seperti biasa.

Katanya, dia juga meminta bantuan orang ramai yang melihat anaknya itu supaya dapat menghubungi balai polis yang berhampiran atau adiknya, Salmi di talian 01115114605 dan 079287069.

(Visited 135 times, 1 visits today)



(Artikel Seterusnya) »



Komen

error: