Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Projek KFBS – 1 Cup Of Coffee & 1 For Wall

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sukacita Komuniti Facebook Segamat ingin menjemput pengusaha gerai makanan untuk menjayakan kempen “1 Cup Of Coffee & 1 For Wall”, ini adalah satu cara komuniti facebook membantu mempromosikan gerai anda di samping anda beramal.

TATACARA PERLAKSANAAN

  1. Sesiapa yang pergi ke gerai boleh membuat pembayaran untuk minuman / makanan mereka dan membayar lebih untuk secawan kopi / makanan orang lain.
  2. Kemudian pengusaha akan menulisnya di kertas pelekat sendiri (stickies note), serta menampalnya di dinding kedai atau dimana-mana yang dirasakan boleh dilihat oleh orang lain.
  3. Sesiapa yang ingin menuntut bolehlah mencabut nota tersebut, yang mana ia sudah dibayar oleh orang terdahulu.

OBJEKTIF KEMPEN

  • Membantu insan lain yang kesempitan, fakir miskin, gelandangan agar dapat menikmati rezeki beliau.
  • Menggalakan kita bersedekah sambil membantu modal terbitan/pusingan kepada pengusaha gerai makanan selagi nota itu tidak di tuntut oleh orang lain.
  • Membantu promosi gerai makanan anda serta lokasi yang mampu dituju oleh semua orang. Maka dengan Kempen ini juga dapat memashurkan gerai dan juadah anda.
  • Menanam sifat suka menderma dan membantu insan yang lebih memerlukan, hakikinya minuman dan makanan adalah satu keperluan utama seseorang insan bagi meneruskan kesinambungan hidupnya.

Bagaimana ingin menyertai Kempen ini ?

  1. Admin akan pinkan post ini di dalam forum (fb gorup) Komuniti Facebook Segamat dan di Page KFBS
  2. Pautan group segamat : www.facebook.com/groups/segamat <Klik sini>
  3. Pautan page segamat: www.facebook.com/segamat.johor <Klik sini>
  4. Apa yang perlu anda buat adalah “follow” post tersebut , nyatakan nama gerai dan lokasi anda, dan lebih bagus jika sertakan gambar menu dan kedai anda.

Sedekah membawa Maghfirah

(Visited 98 times, 1 visits today)



« (Artikel Sebelumnya)



Komen

error: