Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

PHMS mula operasi

SEGAMAT – Bangunan baharu tujuh tingkat milik Wisma Pertubuhan Hemodialisis Muhibbah Segamat (PHMS) di Bandar IOI, di sini, telah memulakan operasinya pada awal tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pusat hemodialisis yang terdapat di negeri ini juga sepatutnya mencontohi PHMS dalam memberikan servis dan perkhidmatan kepada setiap pesakitnya.

“Ini kerana kos yang dikenakan oleh pertubuhan tersebut sangat murah dan berpatutan iaitu sebanyak RM20 untuk setiap kali sesi rawatan berbanding RM130 untuk setiap sesi di pusat hemodialisis lain.

“PHMS ini mampu memberikan servis dan perkhidmatan kepada 154 orang pesakit pada satu-satu masa kerana di Hospital Daerah Segamat (HDS) sendiri pun kita tidak boleh memberikan rawatan seperti ini kerana faktor tempat dan mesin yang tidak mencukupi,” katanya.

Subramaniam yang juga Ahli Parlimen Segamat berkata kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke PHMS di Bandar IOI, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Pertubuhan Hemodeolisis Muhibbah Segamat, Tan Sri Tan Beng Tong dan Datuk Dr Lee Hong Tee

Menurutnya, Pusat Hemodialisisi Muhibbah juga merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang banyak membantu kerajaan kerana tidak semua pesakit dialisis mampu untuk mendapatkan rawatan kerana kosnya yang tinggi.

“Perkara yang dilakukan ini sangat-sangat membantu kerajaan kerana melalui pemerhatian saya di seluruh negara, saya melihat kos yang dikenakan oleh pertubuhan ini sangat murah dan tidak terdapat di mana-mana hanya di Segamat.

“Pusat ini juga akan memberikan subsidi sebanyak RM50 kepada pesakit dialisis dan RM50 ditanggung oleh kerajaan manakala pesakit hanya perlu membayar RM20 sahaja dan ini memang di dalam lingkungan kemampuan pesakit itu sendiri,” katanya.

Menurutnya, PHMS juga merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang banyak membantu kerajaan kerana tidak semua pesakit dialisis mampu untuk mendapatkan rawatan kerana kosnya yang tinggi.

(Visited 93 times, 1 visits today)



« (Artikel Sebelumnya)



Komen

error: