Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Mayat berbau busuk ditemui di dalam stor

SEGAMAT – Misteri bau busuk yang datang dari sebuah rumah di Taman Pelangi Jementah, di sini, akhirnya terungkai apabila membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Raub Selamat berkata, mayat mangsa, Pang Nam Siong, 37, dijumpai oleh salah seorang rakannya yang datang ke rumah kira-kira pukul 7.50 petang, kelmarin.

“Rakan mangsa kemudian menghubungi Balai Polis Jementah dan siasatan telah dijalankan di tempat kejadian dan menjumpai mangsa dalam keadaan tertiarap di dalam stor di belakang rumahnya.

“Pintu stor itu juga telah ditutupi plastik termasuk ruang udara dan terdapat sebuah dapur tanah liat dan sebungkus kayu arang dan mangsa dipercayai mati dengan melemaskan diri dengan asap dari kayu arang yang dibakar,” katanya kepada Komuniti Segamat, semalam.

Menurutnya, apabila plastik pada pintu stor itu dibuka, terdapat bau busuk dan bau asap dan mayat mangsa berada dalam keadaan hitam, berbau dan berair dipercayai telah seminggu meninggal dunia.

Katanya, hasil temubual dengan rakan mangsa, kali terakhir dia berjumpa mangsa adalah pada 25 Jun lalu dan mangsa juga telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak yang masih kecil.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya untuk urusan pengebumian.

“Kertas siasatan akan dibuka dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

(Visited 666 times, 1 visits today)



(Artikel Seterusnya) »



Komen

error: