Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Maut dihempap kayu balak

LABIS – Seorang pemandu lori maut selepas dihempap sebuah kayu balak ketika mahu menurunkan kayu tersebut di sebuah kilang kayu di Chaah, di sini, kira-kira pukul 8.15 pagi, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Raub Selamat berkata, mangsa yang dikenali sebagai Chan, 30an, maut serta merta ditempat kejadian selepas kayu tersebut menghempap kaki dan badannya.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang membuka salah satu rantai yang mengikat kayu tersebut sebelum sebuah kayu balak yang berada di atas lori berkenaan tiba-tiba tergelincir dan menghempap mangsa.

“Mangsa hanya ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh salah seorang pekerja yang tinggal di kilang tersebut sebelum dia menghubungi Balai Polis Chaah bagi memaklumkan kejadian ini,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian, lori muatan kayu yang dibawa dari Pahang itu baharu sahaja tiba di kawasan kilang tersebut dan mangsa mendapat kecederaan parah pada anggota badan selain kedua-dua kakinya hancur.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya untuk dikebumikan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, salah seorang saksi yang ingin dikenali sebagai Seran berkata, ketika kejadian dia terdengar seperti bunyi meletup sebelum mendapati mangsa berada dalam keadaan berlumuran darah akibat dihempap kayu balak tersebut.

“Saya kemudian memanggil beberapa pekerja di kilang dan kami tidak mampu untuk berbuat apa-apa sama ada membantu atau mengangkat mangsa sehingga polis sampai.

“Sebenarnya, kilang kayu ini masih belum beroperasi dan sekarang sedang melakukan kerja-kerja memasukkan kayu balak dan pemilik kilang juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini,” katanya.

(Visited 357 times, 1 visits today)






Komen

error: