Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Jom Meriahkan KBR1M!

Jom bersama-sama meriahkan Karnival Belia Ramah 1Malaysia (KBR1M) Labis 2017 anjuran Persatuan Belia Bersatu Bandar Segamat dengan kerjasama Pejabat Daerah Segamat dan Citra Medini di Dataran Labis bermula 12 hingga 22 Januari 2017 ini.

Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak penganjur kepada para pengunjung seperti ceramah agama, sukan rakyat, battle of the band, persembahan kebudayaan, jualan dan pertandingan mencari Bintang Citra Medini Labis.

Bagi peminat pasukan JDT, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan siarang langsung skrin besar Majlis Pelancaran Jersi Baharu JDT pada hari Khamis ini (12/1) dan seterusnya hadir memberi sokongan kepada JDT dalam perlawanan Piala Sumbangsih bertemu Kedah pada 20 Januari ini. Ayuh kita bersorak bersama-sama Bangsa Johor!!

Bagi menghangatkan lagi KBR1M Labis 2017 ini, penganjur turut mengundang beberapa artis tempatan untuk mengadakan persembahan seperti Intan Madura, Sheeda Dangdut dan Afie Utopia yang akan membawakan lagu-lagu popular mereka.

Jadi kepada penduduk Segamat khususnya penduduk Labis dan berhanpiran, jangan lepaskan peluang ini dan bantu kami viralkan karnival ini dan jumpa di sana!!

TENTATIF KBRIM LABIS 2017

12 Januari 2017 (Khamis)
Persiapan peserta
Big screen pelancaran Jersey JDT

13 Januari 2017 (Jumaat)
Persembahan artis tempatan, Intan Madura

14 Januari 2017 (Sabtu)
Persembahan Kebudayaan Johor
Saringan Mencari Bintang 1

15 Januari 2016 (Ahad)
Persembahan artis tempatan, Sheeda Dangdut

16 Januari 2017 (Isnin)
Live Band

17 Januari 2017 (Selasa)
Persembahan artis tempatan, Afie Utopia

18 Januari 2017 (Rabu)
Persembahan Irama 60-an
Saringan Mencari Bintang Labis 2

19 Januari 2017 (Khamis)
Ceramah Perdana

20 Januari 2017 (Jumaat)
Big screen Piala Sumbangsih (JDT vs Kedah)

21 Januari 2017 (Sabtu)
Battle of The Band

22 Januari 2017 (Ahad)
Persembahan artis tempatan, Evan
Final Mencari Bintang Labis.

(Tertakluk pada pindaan dari semasa ke semasa)

(Visited 303 times, 1 visits today)






Komen

error: