Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

HMBJ 2017 Bakal Gegar Belia Johor

Himpunan Muafakat Belia Negeri Johor 2017 (HMBJ) yang akan diadakan pada 22 hingga 24 September 2017 ini di Bandar Utama Segamat bakal menggegarkan seluruh belia negeri Johor.

Pada tahun ini daerah Segamat telah dipilih sebagai tuan rumah penganjuran di peringkat negeri yang akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 24 September ini.

Pelbagai acara dan aktiviti menarik telah dirancang oleh penganjur khusus untuk para belia dan tidak terkecuali juga program untuk semua lapisan umur dan masyarakat.

Selain pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta, turut diadakan sepanjang program ini berlangsung adalah pameran kerjaya, cabutan bertuah, ceramah agama dan motivasi selain peluang perniagaan melalui Car Booth Sale, Food Truck dan lot-lot niaga yang akan bermula seawal 19 September 2017.

Kepada mereka yang di luar sana yang suka mencabar kemampuan diri, meminati aktiviti lasak dan sukan ekstrim, pihak penganjur juga akan mengadakan Kursus Asas Payung Terjun / Kursus Asas Para Motor di Segamat Country Club@Gagak Club.

Selain itu, terdapat juga larian Himpunan Muafakat Belia 2017 sejauh 6 kilometer, zumba, pertandingan Mr Badan Cantik, pertandingan memanah dan dart, pertandingan memasak, pertandingan audio / motoshow terbuka dan banyak lagi.

Forum Perdana Belia bersama Yadim juga akan diadakan pada malam hari pertama yang dibarisi panel PU Amin dan PU Rahmat serta penampilan istimewa Major Nine (artis naungan In-Team).

 

Bagi memeriahkan suasana, terdapat artis-artis popular tanah air seperti Yaabang Khalifa, Syafik, Wani Hasrita, Tajul, In Team, Radhi OAG, Black GAMMA, Sam Nuhair dan PAKIS Band yang akan membuat persembahan.

Pengunjung yang bertuah juga akan menerima cabutan nombor bertuah utama iaitu berupa Motosikal Yamaha Y150ZR.

Jadi, bagi penduduk daerah Segamat khususnya golongan belia, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menzahirkan aspirasi belia anda untuk turut sama dalam program ini.

Untuk maklumat lanjut berkaitan aktiviti-aktiviti dan maklumat serta borang pertandingan, pengunjung boleh datang ke Pejabat Belia, Sukan Daerah Segamat, Majlis Belia Daerah Segamat atau boleh lihat maklumat tentatif program di bawah.

HMBNJ sasar 30,000 pengunjung

SEGAMAT – Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) menyasarkan kira-kira 30,000 pengunjung hadir ke Himpunan Muafakat Belia Johor (HMBJ) yang akan diadakan di Taman Utama, di sini, pada 22 hingga 24 September ini.

Presidennya, Manndzri Nasib berkata, pada himpunan tersebut juga, pihaknya menyasarkan kira-kira 1,000 pemilik motosikal berkuasa rendah atau ‘mat motor’ dari seluruh negeri ini dapat dikumpulkan di bawah satu program.

“Ini kerana, hasil daripada kajian yang dilakukan, mat-mat motor ini kurang disantuni dan disebabkan itu kami berusaha agar mereka dapat bersama-sama melibatkan diri secara langsung dalam HMBJ ini.

“Kami mahu menjadikan HMBJ ini sebagai salah satu platform rakyat terutamanya belia yang kurang disentuh dan mat-mat motor ini akan terlibat dalam pelbagai aktiviti sihat yang kami anjurkan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita semasa sidang media HMBNJ 2017 di Restoran RZ, di sini, tengahari tadi.

Turut hadir ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, S Shahsidaran dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat (MBDS), Salleheen Mohamad.

Menurutnya, pada himpunan tersebut juga, MBNJ juga akan melancarkan lagu rasminya tersendiri yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Norden.

“Ini juga merupakan kali pertama kami menjenamakan semula sambutan Hari Belia Negara menjadi HMBNJ dan objektifnya tetap sama iaitu mahu memastikan keberadaan orang muda di negeri Johor ini.

“Kami juga akan menyediakan kira-kira 100 ruang pameran dan jualan yang akan disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta selain pelbagai seminar seperti seminar keusahawanan kendera saji (food truck),” katanya.

Menurutnya, antara keunikan HMBJ pada tahun ini adalah kursus asas payung terjun dan paramotor yang terhad kepada 10 peserta sahaja, Johor Future Colour Fun Run, Johor Future Fun Ride dan pelbagai lagi.

Selain itu, turut diadakan dalam HMBJ ini adalah penyampaian Anugerah Belia Negeri Johor kepada persatuan-persatuan belia dan Ikon Belia Negeri Johor kepada individu-individu yang menunjukkan nilai kepimpinan dan ketrampilan.

TENTATIF

19 – 24 September 2017
10.00 pagi – 12.00 malam
Bandar Utama Segamat
Karnival Himpunan Muafakat Belia Negeri Johor 2017

22 September 2017 (Jumaat)

10.00 pagi
Bandar Utama Segamat
Pendaftaran Pameran Jabatan Kerajaan / Services on Mobile / IPT / Agensi / Swasta / Car Booth Sale / Food Truck / Peniaga Tempatan / Pendaftaran Cabutan Nombor Bertuah / Booth Pameran Kerjaya / Bussiness on Truck Showcase

10.00 pagi
Segamat Country Club
Kursus Asas Payung Terjun, Kursus Asas Para Motor

 

6.00 petang
Masjid Bandar Segamat
Tahlil dan Bacaan Yassin Perdana sempena Maal Hijrah
Solat Maghrib dan Isya’ Berjemaah

9.00 malam
Bandar Utama, Segamat
Forum Perdana Belia bersama Yadim 

23 September 2017 (Sabtu)

7.00 pagi
Bandar Utama, Segamat
Aerobikthon

8.00 pagi
Bandar Utama, Segamat
Pameran Jabatan Kerajaan / Services on mobile / IPT / Agensi / Swasta / Car Booth Sale / Food Truck. Peniaga Tempatan / Pendaftaran Cabutan Nombor Bertuah / Booth Pameran Kerjaya / Bussiness on Truck Showcase

8.00 pagi
Taman Rekreasi, Sungai Kapeh
T.O.T (Training Of Trainer) River Ranger

10.00 pagi
Bandar Utama, Segamat
Pertandingan Mr. Badan Cantik
Pertandingan Sukaneka
Pertandingan Memasak
Pertandingan Memanah dan Dart

10.00 pagi
Segamat Country Club
Kursus Asas Payung Terjun, Kursus Asas Para Motor

10.00 pagi
Kolej Universiti, Tunku Abd Rahman, Segamat
TN50 Bersama Belia-Belia Cina

12.00 tengahari
Hospital Segamat, Rumah Ibadat Sekitar Bandar Segamat
Johor Prihatin

2.00 petang
Bandar Utama, Segamat
Pertandingan Makeup
Pertandingan Kompang Terbuka Segamat
Pertandingan Karaoke – Saringan

2.00 petang
Sungai Kapeh, Segamat
Pertandingan Kayak

5.00 petang
Bandar Utama, Segamat
Pertandingan Zapin Terbuka Johor – Saringan

8.00 malam
Bandar Utama, Segamat
Pertandingan Akhir Zapin Terbuka Johor
Pertandingan Akhir Kompang Terbuka Segamat
Fashion Show Local Brand
Persembahan Artis Jemputan

 

24 September 2017 (Ahad)

7.00 pagi
Bandar Utama, Segamat
Mari Berzumba
Colouring Fun Run

8.00 pagi
Padang Lalang / Logah, Segamat
Fun Ride

8.00 pagi
Bandar Utama, Segamat
Pameran Jabatan Kerajaan / Services on mobile / IPT / Agensi / Swasta / Car Booth Sale / Food Truck. Peniaga Tempatan / Pendaftaran Cabutan Nombor Bertuah / Booth Pameran Kerjaya / Bussiness on Truck Showcase

8.00 pagi
Tapak A,Taman Rekreasi, Sungai Kapeh
T.O.T (Training Of Trainer) River Ranger

8.00 pagi
Tapak B, Taman Rekreasi, Sungai Kapeh
Pertandingan Memancing Terbuka

8.00 pagi
Segamat Country Club
Kursus Asas Payung Terjun, Kursus Asas Para Motor

10.00 pagi
Bandar Utama, Segamat
Bike Day
Pertandingan Memanah dan Dart

2.00 petang
Bandar Utama, Segamat
Majlis Perasmian Himpunan Muafakat Belia Negeri Johor 2017 oleh Y.A.B. Menteri Besar Johor
Pemenang Anugerah Belia Perdana Johor 2017
Cabutan Nombor Bertuah Utama : Motosikal Yamaha Y150ZR

5.00 petang
Bandar Utama, Segamat
Pertandingan Auto/Audioshow Terbuka Motosikal / Kereta / MPV / Truck

9.00 malam
Bandar Utama, Segamat
Santai Bersama Pemimpin
Pertandingan Akhir Karaoke
Persembahan Artis Tajaan
Cabutan Nombor Bertuah Utama : Motosikal Yamaha Y150ZR
Keputusan Pertandingan Auto/Audioshow

(Visited 1,008 times, 2 visits today)



« (Artikel Sebelumnya)



Komen

error: