Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

GiatMara pilihan terakhir?

SEGAMAT – Pusat latihan GiatMara tidak wajar dilihat sebagai pilihan kedua atau terakhir sekiranya ingin menyambung pelajaran kerana institusi ini terbukti mampu melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang.

Pengarah GiatMara Johor, Mohamad Merjuki Kasanwidi berkata, beliau mengakui bhawa selama ini terdapat keraguan di kalangan masyarakat terhadap sijil kemahiran yang dikeluarkan oleh GiatMara itu sendiri.

“Usah ragu dengan sijil kami kerana semuanya diiktiraf selain graduan lulusan GiatMara setaraf dengan kolej kemahiran lain dan mampu pergi lebih jauh dalam bidang diceburi sama ada bidang perusahaan dan perindustrian.

Mohamad Merjuki Kasanwidi

Mohamad Merjuki Kasanwidi

“Sebenarnya, tujuan kita memang untuk melahirkan masyarakat berkemahiran, bukan sekadar memperolehi sijil semata-mata kerana sijil itu hanya sebagai bukti bahawa anda pernah mempelajari sesuatu ilmu,” katanya kepada Komuniti Facebook Segamat.

Menurutnya, sehingga kini, terdapat 26 pusat GiatMara di seluruh negeri Johor yang menawarkan pelbagai bidang kemahiran dan peluang kedua kepada mereka yang berumur 15 tahun ke atas.

Katanya, masyarakat juga tidak sepatutnya memperlekeh pelatih atau graduan GiatMara kerana ada di antara mereka kini yang telah berjaya menjadi jutawan dan terkenal di peringkat antarabangsa.

“Kita sentiasa mempromosikan GiatMara sepanjang tahun khususnya kepada orang Melayu kerana kita mahu mengubah minda mereka bahawa kegagalan dalam bidang akademik bukan penghalang untuk kita terus berjaya,” katanya.

(Visited 255 times, 1 visits today)






Komen

error: