SEGAMAT – Orang ramai khususnya pesakit di Hospital Daerah Segamat (HDS) yang menghidap penyakit kronik tidak lagi perlu beratur dan bersesak untuk mengambil ubat dengan wujudnya farmasi pandu lalu di hospital berkenaan.

Pengarah HDS, Dr Aman Rabu berkata, perkhidmatan itu yang mula diperkenalkan pada awal Januari lalu bertujuan menyediakan cara mudah kepada pesakit bagi mendapatkan ubat ulangan seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

“Kemudahan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri dalam usaha mempelbagai serta mempermudahkan perkhidmatan kesihatan untuk masyarakat.

“Farmasi ini akan memudahkan lagi urusan orang ramai khususnya pesakit untuk mengambil ubat tanpa perlu beratur di kaunter ubat sekaligus mengurangkan masa menunggu pesakit di kaunter farmasi,” katanya kepada Komuniti Facebook Segamat.

Menurutnya, melalui cara ini, pesakit yang berdaftar hanya perlu memaklumkan pihak farmasi melalui kad temujanji, telefon atau sistem pesanan ringkas (SMS) tentang tarikh untuk datang bagi mendapatkan bekalan ubat susulan mereka.

Katanya, pesakit atau ahli keluarga mereka yang ingin mengambil bekalan ubat susulan mereka juga tidak perlu bersusah payah mencari ruang parkir, sekaligus memudahkan orang ramai untuk menjalankan urusan mengambil ubat secara mudah, pantas dan efisien,

“Kaunter farmasi pandu lalu ini akan dilengkapi dengan seorang ahli farmasi dan pesakit atau ahli keluarga mereka hanya perlu menunjukkan kad farmasi pandu lalu semasa mengambil ubat ulangan tersebut.

“Sehingga bulan Mac lalu, kita merekodkan sebanyak 192 pesakit yang berdaftar untuk menggunakan farmasi pandu lalu ini dan kita berharap lebih ramai lagi pesakit akan menggunakan perkhidmatan ini untuk mengurangkan kesesakan di kaunter,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, kaunter farmasi pandu lalu tersebut hanya beroperasi pada waktu bekerja sahaja dan pihak pengurusan hospital akan mempertimbangkan untuk melanjutkan perkhidmatan ini sehingga pukul 10 malam sekiranya mendapat permintaan.

Bagi pesakit, Wong Sin Yien, 50, berkata, dia yang perlu mengambil ubat penyakit darah tingginya setiap bulan lebih selesa menggunakan perkhidmatan farmasi pandu lalu ini kerana mampu menjimatkan masanya berbanding pergi ke kaunter.

Menurutnya, sebelum wujudnya perkhidmatan ini, dia terpaksa menunggu lama di kaunter farmasi selain tidak perlu bersusah payah untuk mencari ruang parkir untuk keretanya.

(Visited 694 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!