Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Ditangkap penduduk kampung selepas langgar warga emas

SEGAMAT – Tindakan dua pemuda yang ingin melarikan diri selepas melanggar seorang warga emas di Jalan Mariani, Kampung Jawa, di sini, tidak berjaya selepas mereka diberkas oleh penduduk kampung.

Sumber Komuniti Facebook Segamat berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 11.05 pagi tadi selepas kereta Proton Iswara yang dinaiki dua lelaki tersebut telah melanggar motosikal Modenas Kriss yang ditunggang warga emas berkenaan.

Kereta yang dinaiki dua lelaki berkenaan turut mengheret motosikal warga emas tersebut sejauh kira-kira 100 meter dari tempat kejadian sebelum memberhentikan kereta di hadapan sebuah kedai mencuci kereta di Jalan Mariani.

Kedua-dua lelaki tersebut yang masing-masing berasal dari Gemereh dan Logah juga turut bertindak untuk melarikan diri namun dapat ditahan oleh penduduk kampung yang menyaksikan kejadian berkenaan.

Dua lelaki yang cuba melarikan diri selepas melanggar motosikal warga emas.

Dua lelaki yang cuba melarikan diri selepas melanggar motosikal warga emas.

Orang awam yang berang dengan tindakan dua lelaki tersebut juga bertindak untuk memukul mereka namum sempat dileraikan oleh anggota polis yang tiba ke kawasan kejadian.

Sementara itu, sumber polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat berkata, kedua-dua lelaki tersebut kini ditahan untuk membantu siasatan dan warga emas yang dilanggar juga telah dihantar ke Hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan.

Kredit gambar : Apai Sport News

(Visited 106 times, 1 visits today)



(Artikel Seterusnya) »



Komen

error: