Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Bangunkan tanah rayau Orang Asli

LABIS – Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) diminta membantu membangunkan kawasan ‘tanah rayau’ Orang Asli di daerah ini dengan aktiviti pertanian bagi menjana pendapatan mereka.

Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim berkata, langkah tersebut perlu memandangkan kebanyakan kawasan tanah rayau tersebut hanya dipenuhi dengan semak samun dan boleh dimanfaatkan untuk aktiviti pertanian.

“Daripada dibiarkan begitu sahaja, saya cadangkan supaya kawasan tersebut dibangunkan dengan aktiviti pertanian sama ada dengan projek tanaman sayuran serta fertigasi selain boleh dinikmati oleh mereka.

“Sekiranya terdapat lebihan hasil, ianya boleh dijual bagi mendapatkan untung dan memberi manfaat besar kepada negara kerana mampu meminimakan pengurangan tanah terbiar di Malaysia sekaligus mampu meningkatkan jumlah pengeluaran makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sewaktu merasmikan Program Jom Bertani di Balairaya Kampung Orang Asli Segamat Kecil, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, ini juga menepati saranan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mahu menjadikan Segamat sebagai daerah pertanian dan ini merupakan salah satu usaha awal untuk tujuan tersebut.

Mohd Azahar (empat,kanan) meyerahkan bantuan peralatan pertanian kepada penduduk Orang Asli Segamat Kecil.

Mohd Azahar (empat,kanan) meyerahkan bantuan peralatan pertanian kepada penduduk Orang Asli Segamat Kecil.

“Sekiranya Orang Asli di daerah ini berminat untuk menjalankan aktiviti pertanian secara porfesional dan sampingan, saya percaya agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan berusaha untuk membantu.

“Selain itu, kita perlu mewujudkan agroprenenur muda untuk belia Orang Asli bagi membolehkan mereka menceburi bidang pertanian seperti tanaman, ternakan dan industri asas tani dengan sasaran generasi muda di bawah umur 40 tahun,” katanya.

Katanya, ini juga dapat mengubah persepsi dan menarik minat generasi muda terhadap bidang pertanian dan membangunkan modul pakej keusahawanan berasaskan indutri pertanian mengikut keserasian dan kehendak generasi muda.

Pada majlis tersebut juga, seramai 17 penduduk Orang Asli Segamat Kecil menerima bantuan input pertanian dan benih tanaman dan membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan masyarakat Orang Asli seperti yang didakwa sebelum ini.

Menurutnya, taraf hidup masyarakat Orang Asli juga sudah jauh berubah jika dibandingkan tempoh 20 tahun yang lalu dengan peningkatan pendapatan menerusi pelbagai program transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

(Visited 184 times, 1 visits today)



« (Artikel Sebelumnya)
(Artikel Seterusnya) »



Komen

error: