LABIS – Langkah untuk menjadikan Pekan Bekok sebagai lokasi berasaskan eko dan agro-pelancongan selaras dengan hasrat kerajaan negeri semakin ketara apabila pelbagai usaha telah dilakukan.

Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong berkata, antaranya adalah bangunan-bangunan lama yang mempunyai nilai estetika dan warisan di sekitar Pekan Bekok, di sini, akan diberi nafas baharu bagi memberi satu lagi nilai tambah kepada pekan kecil tersebut.

“Kita sedar di Bekok terdapat pelbagai bangunan lama dan melalui Program Transformasi Bekok (PTB), bangunan-bangunan lama yang terdapat di sini akan dhiasi lukisan mural yang berkonsepkan flora dan fauna.

“Bagaimanapun, lukisan mural ini akan dilaksanakan secara berperingkat di mana tenaga kerja yang terlibat terdiri daripada penduduk setempat dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Menurutnya, sebelum ini terdapat beberapa bangunan lama yang sudah dilukis dengan mural seperti bangunan di Jalan Wijaya, di sini, yang dihiasi dengan lukisan Air Terjun Sungai Bantang selain menjangkakan lebih banyak mural yang akan dilukis pada tahun ini.

Menurutnya, Bekok juga merupakan kawasan yang kaya dengan tarikan perlancongan kerana merupakan pintu masuk kedua untuk pelancong yang ingin ke Taman Negara Johor Endau Rompin yang terletak kira-kira 26 kilometer dari Pekan Bekok.

Tee Yong (dua,kanan) menunjukkan salah satu lukisan mural yang terdapat di Pekan Bekok
Tee Yong (dua,kanan) menunjukkan salah satu lukisan mural yang terdapat di Pekan Bekok

“Selain Air Terjun Sungai Bantang, terdapat beberapa perkampungan Orang Asli seperti Kampung Tembayan, Kudung, Tamok, Kemidak dan Selai yang mana masyarakatnya masih mengamalkan cara hidup tradisional.

“Saya berharap lebih ramai pelancong akan datang ke Bekok selepas ini sekaligus merancakkan kembali ekonomi penduduk setempat di sini kerana perhubungan ke Bekok juga mudah sama ada menaiki keretapi atau perjalanan darat,” katanya.

Pada masa sama, beliau telah membawa isu pembangunan Pekan Bekok ini ke Parlimen dan buat masa sekarang Parlimen belum mempunyai sebarang perancangan untuk memajukan Bekok dalam skala yang besar.

“Dari pembangunan jangka masa panjang, saya mengharapkan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru yang akan melalui Bekok dapat mengubah lanskap ekonomi dan sosial penduduk di sini.

“Saya juga telah mencadangkan supaya Bekok menjadi stesen perhentian keretapi tersebut dan secara tidak langsung memberi akses yang lebih mudah kepada pengunjung yang ingin datang ke Bekok pada masa hadapan,” katanya.

(Visited 1,092 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!