Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Syamsyul Aziz

 

Dunia diliputi 70% air hanya 1% daripadanya boleh diguna pakai oleh manusia

Umum semua tahu bumi kita diliputi 70% air ianya termasuklah bongkah ais di kutub, air laut yang masin, air sungai, paya, tasik, tali air, kolam air, perigi dan sebagainya.

Namun air yang betul-betul bersih dan boleh diguna pakai untuk manusia hanyalah 1% sahaja. Oleh kerana itu kita harus menjimatkan pengunaannya daripada membazir.

Tanpa kita sedari sebenarnya proses memberus gigi adalah suatu masa yang paling banyak membazirkan air. Statistik menunjukkan manusia membuka pili air yang tidak digunakan untuk memberus gigi sebanyak 4-5 liter dibazirkan begitu sahaja.

Gambar sekadar hiasan

Gambar sekadar hiasan

Jumlah penduduk dunia hampir mencecah 8 bilion dewasa ini, andai dibundarkan kepada 7,000,000,000,000 dan kita ambil 1 per 8 sahaja yang memberus gigi sehari dianggarkan hampir 3.5 bilion liter padu air telah dibazirkan begitu sahaja.

875,000,000,000 x 4 liter (sehari sekali basuh sahaja) = 3,500,000,000,000

Adalah menjadi tanggungjawab kita menjimatkan sumber air dan sememangnya sumber air ini tidak akan kurang atau bertambah 70% tetapi jumlah air yang diproses semakin hari adalah semakin mahal dan sebaik-baiknya berjimat cermatlah menggunakan air.


Gula Racun Putih

Ramai di kalangan kita sangat suka kepada manisan atau sajian yang manis-manis.

Tahukah anda ?

Di dalam kandungan air tin berkarbornat mengandungi 24 camca gula? Tidakkah itu keterlaluan?

Gula mempunyai 2 molekul utama.

1. Glukosa – untuk tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk membakar dan mengerakkan neron motor.

2. Fruktosa – molekul yang menggalakkan enzime yang terasa dilidah dan menghantar signal ke neron saraf otak yang menyebabkan kita rasa suka dan gembira. Kerana itu kanak-kanak suka jika di beri gula-gula. Ia akan membuatkan penakulan otak serta menyampaikan deria gembira walau pon belum di jamah.

Gula - Gambar sekadar hiasan

Gula – Gambar sekadar hiasan

Pengambilan gula berlebihan terutama fruktosa akan menjadikan seseorang itu diabetis (kegemukan), semengkala kekurangan gula pula menyebabkan kita lemah tidak bertenaga dan pucat.

Sintom ingin mengetahui orang itu penghidap diabetis adalah P.G.K. (perut gemuk kedepan).

Kesilapan orang kita

Pengunaan stevia : Bangun dari tidur terus titiskan ke dalam air dan minum, sangka mereka ia adalah ubat yang dapat mengimbangi pengambilan glukosa untuk tubuh.

Stevia sebenarnya adalah satu bahan penggalak sahaja sesungguhnya ia bukanlah ubat. Maka ada sesetengah mereka pengidap diabetis (kencing manis) menggunakan di waktu pagi dan tidak makan kerana takut kencing manis. Maka lemah longlai la mereka ini dan pengsan kerana tiada tenaga.

Caranya mudah sahaja: Jika kita memakan nasi amalkan penggambilan sedikit daripada biasa, banyakkan memakan sayur dan buah-buahan. Kalau dulu kita mengambil nasi sebanyak 2 senduk, kini cuba kurangkan dengan mengambil setengah senduk sahaja, tetapi di ganti dengan lauk pauk yang banyak pula untuk mengimbangi kadar glukosa dalam badan.

Pernah dengar tapai? sama juga konsep seperti tapai memakan terlalu banyak nasi menjadikan ianya tercerna di dalam badan dan berlaku proses penapaian di dalam usus, jika di tanya apa rasa tapai? Maka anda akan tahu kenapa kita kena kawal penggambilan makanan berglukosa tinggi. Memang nasi adalah sumber karbohidrat tetapi pengambilan yang terlalu banyak akan menjadikan proses penapaian di dalam usus dan glukosa serta fruktosa akan memejal menjadi lemak.

Lemak ini sebenarnya merosakkan hati maka berlakulah sirosis hati atau barah hati kesan penempelan lemak pada hati.

Sirosis bermaksud pembentukan lemak pada hati hasil pengambilan glukosa berlebihan. Kepada orang yang suka meminum arak serta akohol. Pernah dengar seorang yang kaki minum minuman keras mati pabila disebabkan barah hati? Ye arak dan akohol juga adalah seperti gula yang mengandungi glukosa dan fruktosa tinggi. Proses penapaian akan berlaku di dalam badan sama seperti tapai.

Orang kata air arak atau minuman keras ini manis.. wallahualam.. tepuk dada tanya selera.


Pengunaan Air Bateri Memanjangkan Jangka Hayat Radiator Kenderaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya ingin berkongsi sedikit tips penjagaan radiator kederaan anda. Gunakan “air suling” bagi memanjangkan jangka hayat radiator anda, atau dengan lebih mudah anda membeli air bateri di mana-mana kedai yang menjualnya.

Kesilapan yang sering di lakukan oleh pengguna adalah seringkali mengisi atau menambah air di radiator dengan menggunakan air paip.

Berikut disertakan sebab-sebab kenapa anda tidak digalakkan menggunakan air paip.

  1. Air paip mengandungi kandungan klorin yang di campur di loji penapisan dan di salurkan ke paip-paip komersial atau industri.
  2. Kandungan air paip yang mengitari radiator akan menghasilkan hablur atau partikel-partikel lantas ianya akan menempel pada sesalur radiator dan liang rongga aliran air di enjen anda.
  3. Partikel-patikel ini akan menjadikan enapan dan tindak balas kimia kepada logam lantas menhasilkan karat dan kemudian mengitari sesalur radiator anda. Suhu juga memainkan peranan pembentukan hablur.
  4. Keadaan akan lebih serius dan berlaku peningkatan suhu enjen apa bila sesalur ini tersumbat atau kandungan air mengandungi enapan karat dan mengitari sesalur enjin anda.
  5. Suhu yang terlalu tinggi akan mempercepatkan fungsi serta kelancaran enjin terganggu. Apa yang lebih teruk suhu yang terlalu tinggi akan membuatkan blok serta tuil piston enjin anda akan mengetuk dinding piston dan berlaku kerosakan enjin. Ia akan berhenti serta merta

Berbanding air suling, ia adalah cecair yang tidak mempunyai partikel-partikel campuran manakala ia adalah gabungan H2o iaitu (2 molekul hidrogen + 1 molekul oksigen). Tiada proses penghabluran daripada molekul sejati air. Maka kurang enapan dan kuranglah penyekatan pada sesalur air di radiator anda.

Oleh itu ia boleh memanjangkan hayat radiator dan kes kebocoran radiator atau peningkatan suhu mendadak pada sistem enjin amat kurang berlaku.

Maka jika anda ingin mengisi air tangki radiator gunakanlah air suling atau air bateri, sila tanya pekedai kerana air bateri ada 2 jenis iaitu air bateri berasid dan air suling (guna yang ini).


Perubahan tarikh mengikut kalender bangsa/agama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tahukah anda perubahan tarikh bagi sesuatu kalender adalah mengikut waktu. Perubahan ini juga di rangka oleh ahli falak bangsa-bangsa itu sendiri.

Berikut adalah waktu perubahan tarikh mengikut kalender bangsa/agama.

Kalender Islam
Perubahan tarikh adalah selepas waktu Maghrib sekitar jam 7:00 malam.

Kalender Cina
Perubahan tarikh sekitar jam 11:00 pagi.

Kalender India
Waktu Maghrib sekitar : 7:00 malam

Kalender Roman
Perubahan tarikh adalah jam 12:00 malam

 


Projek KFBS – 1 Cup Of Coffee & 1 For Wall

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sukacita Komuniti Facebook Segamat ingin menjemput pengusaha gerai makanan untuk menjayakan kempen “1 Cup Of Coffee & 1 For Wall”, ini adalah satu cara komuniti facebook membantu mempromosikan gerai anda di samping anda beramal.

TATACARA PERLAKSANAAN

  1. Sesiapa yang pergi ke gerai boleh membuat pembayaran untuk minuman / makanan mereka dan membayar lebih untuk secawan kopi / makanan orang lain.
  2. Kemudian pengusaha akan menulisnya di kertas pelekat sendiri (stickies note), serta menampalnya di dinding kedai atau dimana-mana yang dirasakan boleh dilihat oleh orang lain.
  3. Sesiapa yang ingin menuntut bolehlah mencabut nota tersebut, yang mana ia sudah dibayar oleh orang terdahulu.

OBJEKTIF KEMPEN

  • Membantu insan lain yang kesempitan, fakir miskin, gelandangan agar dapat menikmati rezeki beliau.
  • Menggalakan kita bersedekah sambil membantu modal terbitan/pusingan kepada pengusaha gerai makanan selagi nota itu tidak di tuntut oleh orang lain.
  • Membantu promosi gerai makanan anda serta lokasi yang mampu dituju oleh semua orang. Maka dengan Kempen ini juga dapat memashurkan gerai dan juadah anda.
  • Menanam sifat suka menderma dan membantu insan yang lebih memerlukan, hakikinya minuman dan makanan adalah satu keperluan utama seseorang insan bagi meneruskan kesinambungan hidupnya.

Bagaimana ingin menyertai Kempen ini ?

  1. Admin akan pinkan post ini di dalam forum (fb gorup) Komuniti Facebook Segamat dan di Page KFBS
  2. Pautan group segamat : www.facebook.com/groups/segamat <Klik sini>
  3. Pautan page segamat: www.facebook.com/segamat.johor <Klik sini>
  4. Apa yang perlu anda buat adalah “follow” post tersebut , nyatakan nama gerai dan lokasi anda, dan lebih bagus jika sertakan gambar menu dan kedai anda.

Sedekah membawa Maghfirah


error: