Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Dhamam Shah Tamyis

 

Ustaz Jawab | Kaedah menjaga aurat sebaiknya

Julie : Hukum mendedahkan aurat kepada lelaki bukan muhrim adalah haram. Apa pendapat ustaz mengenai lelaki yang dikategorikan sebagai bukan muhrim dan juga kaedah menjaga aurat sebaiknya oleh wanita?

Ustaz : Aurat daripada segi bahasa ialah keaiban. Manakala pada syarak membawa maksud bahagian tertentu pada tubuh badan manusia yang wajib ditutupi dari pandangan sama ada ketika solat atau diluar solat.

Hukum menutup adalah wajib, ini berdasarkan di dalam Surah An Nur, ayat 31 bermaksud : dan katakan kepada wanita-wanita yang beriman supaya menyekat pendengaran mereka ( daripada memandang yang haram ) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan baju mereka dengan tudung kepala.

Mahram bererti lelaki atau perempuan yang sah dinikahi namun dari sudut lelaki bukan mahram auratnya terbahagi kepada tiga keadaan :-
  1. Antara pusat hingga lutut (di dalam solat, sesama lelaki atau di hadapan perempuan mahram)
  2. Seluruh badannya ketika di hadapan perempuan yang ajnabi(orang yang halal dinikahinya).hendaklah berpakaian sempurna iatu tidak.mendedahkan anggota atau menampakkan bentuk tubuh badan.
  3. Qubul dan dubur ketika ia berada dalam keadaan bersendirian

Adapun kaedah sebaiknya menjaga aurat wanita sebagaimana berikut :-

  1. Hendaklah pakaian itu melitupi seluruh badan kecuali anggota yang bukan aurat (muka dan tapak tangan).
  2. Pakaian yang dipakai itu tebal dan tidak nipis atau jarang.
  3. Pakaian yang longgar dan tidak ketat.
  4. Pakaian yang tidak menyerupai pakaian lelaki.

Wallaualam

USTAZ SHAHIR


Ustaz Jawab | Cara Solat Jamak

Mohammad Khiq : Cara solat jamak

USTAZ : Solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu Zohor kepada Asar atau Asar kepada Zohor, Maghrib kepada Isyak atau Isyak kepada Maghrib. Solat jamak terbahagi kepada 2 iaitu :-

  1. Jamak Taqdim
    Melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu Zuhur dan Maghrib. Contohnya solat Zuhur dijamakkan dengan Asar pada waktu Zuhur, solat Maghrib dan Isyak pada waktu Maghrib.
  2. Jamak Takhir

    Melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu Asar dan Isyak. Contohnya melaksanakan solat Zuhur dan Asar pada waktu Asar, solat Maghrib dan Isyak pada waktu Isyak
CARA MENGERJAKAN SOLAT JAMAK
  1. Solat Zuhur dan Asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu Zuhur.
  2. Kalau Jamak Takhir hendaklah dilakukan dalam waktu Asar.
  3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
  4. Berniat hendak mengerjakan solat Zuhur secara Jamak Taqdim dan Qasar.
  5. Kalau Jamak Takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
  6. Setelah itu kerjakan solat Zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
  7. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu Asar.
  8. Berniat untuk mengerjakan solat Asar secara jamak takhir.
  9. Kerjakanlah solat Asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
  10. Jika qasar Jamak Taqdim atau Jamak Takhir antara solat Maghrib dan Isyak, maka hendaklah niatkan solat Maghrib secara Jamak Takdim atau Jamak Takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya

USTAZ ABDUL HAMID BIN MANAP
Guru Besar,
Sekolah Agama Kg Tengah, Segamat


Ustaz Jawab | Baju yang dibasuh menggunakan mesin basuh tidak suci?

Syahrizan : Saya ada mendengar orang kata bahawa baju yang dibasuh menggunakan mesin basuh adalah tidak sah digunakan untuk bersolat. Ini adalah kerana baju yang dibasuh menggunakan mesin basuh akan menggunakan air yang bertakung dan bukannya air yang mengalir. Apa pendapat Ustaz?

USTAZ : Basuhan memang kena air yang mengalir jika air tersebut kurang daripada dua (2) kolah. Air dalam mesin basuh auto adalah mengalir kerana :-

  1. Air masuk dan penuh maka akan berlaku putaran.
  2. Air pertama dibuang, masuk air baru kali kedua dan putaran berlaku.
  3. Air kedua dibuang dan dimasukkan air baru kali ketiga

Bukankah proses di atas adalah pengaliran juga? Mana lebih kuat sama ada putaran tangan berbanding putaran mesin? Maka baju yang dibasuh menggunakan mesin basuh auto sah untuk dibawa solat. Terima kasih.

USTAZ ABDUL HAMID BIN MANAP
Guru Besar,
Sekolah Agama Kg Tengah, Segamat


Sistem peparitan tidak diselenggara

Jika sistem peparitan tidak diselenggara dengan sempurna, ia di khuatiri akan menyebabkan pelbagai penyakit yang tidak diingini merebak seperti wabak denggi. Sampah sarap yang tersumbat di dalam parit akan menyekat pengaliran air. Apabila air bertakung ia akan menyebabkan nyamuk aedes mudah membiak. Diharapkan pihak majlis dapat memantau perkara ini.

Semoga orang ramai dan peniaga tidak membuang sampah sesuka hati bagi memastikan kebersihan kawasan kita terjamin.

Lokasi gambar: Taman Mega, Kg Jawa. Depan Tapak Pasar Malam

Lokasi gambar: Taman Mega, Kg Jawa. (depan tapak Pasar Malam)


error: