Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Mohamad Norzaharuddin Kasimon

 

Jom ke Program Sepakat Komuniti 1Malaysia

Satu lagi program peringkat Negeri Johor akan diadakan di Segamat, Johor hujung minggu ini yang menyajikan pelbagai aktiviti dan program sepanjang ia berlangsung.

Bermula dengan karnival pada 9 Mac 2018, Program Sepakat Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri Johor 2018 kali ini mengambil tempat di kawasan lapang di Taman Utama, Segamat sehingga 17 Mac 2018.

Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dan Komuniti 1Malaysia Negeri Johor ini akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat pada 17 Mac ini pukul 4.45 petang,

Selain itu, pelbagai program dan pengisian bermanfaat telah disusun oleh pihak penganjur. Antaranya adalah Ceramah Agama Perdana yang akan disampaikan oleh Dato’ Ustaz Badlishah Alauddin pada 15 Mac 2017 mulai jam 9.00 malam dan sesi Town Hall ‘Segar Amat’ yang akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap pada 17 Mac 2018 mulai jam 8.30 malam.

Bukan setakat itu sahaja, malah pertandingan Battle of i-Busking akan diadakan pada 16 Mac 2018 di mana johan pertandingan akan membawa pulang wang tunai RM1,000, piala dan sijil penyertaan.

 

Terdapat juga persembahan artis-artis popular seperti Mark Adam, Waris, Zizi Kirana, Jussthin, Eleena Haris dan ramai lagi. Jumpa di sana!!!

Berikut adalah aturcara program yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

9-17 Mac 2018
Karnival Program Sepakat Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri Johor 2018

10 Mac 2018 (Sabtu)
Konsert 60an
The rythym Brothers Band

11 Mac 2018 (Ahad)
Bersama Artis Jemputan
Intan Madura

12 Mac 2018 (Isnin)
Projek Radio Band
Emcee Shaz Ley bersama Suara Sepakat Sepentas.

13 Mac 2018 (Selasa)
Konsert Irama Dangdut
Seroja Band

14 Mac 2018 (Rabu)
Emcee Shazley bersama Kuiz Spontan Hadiah Misteri

15 Mac 2018 (Khamis)
10.00 pagi
Pameran dan Jualan Produk K1M seluruh negeri Johor
Jualan Usahawan Sahabat AIM Segamat

9.00 malam
Ceramah Perdana oleh Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin

16 Mac 2018 (Jumaat)
9.00 pagi
Pameran dan Jualan Produk K1M seluruh negeri Johor
Jualan Usahawan Sahabat AIM Segamat
Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

3.30 petang
Pertandingan Autoshow Kelab Exora
Battle of i-Busking (Saringan)
Pertandingan Karaoke Patriotik (Saringan)
Kembara Ziarah Kasih

9.00 malam
Battle of i-Busking & Pertandingan Karaoke Patriotik (Akhir)

17 Mac 2018 (Sabtu)
8.30 pagi
Pameran dan Jualan Produk K1M seluruh negeri Johor
Jualan Usahawan Sahabat AIM Segamat
Zumba
Pertandingan Masakan
Pertandingan Gubahan
Pertandingan Pakaian Beragam
Treasure Hunt Kelab 1Malaysia Daerah Segamat

2.30 petang
Sukan Rakyat K1M Negeri Johor

4.45 petang
Majlis Perasmian
Program Sepakat Komuniti 1 Malaysia Peringkat Negeri Johor

8,30 malam
Townhall
Persembahan artis jemputan
Mark Adam, Waris, Aaron Abdul, Farah Farhanah, Yus Zainal, Juzzthin, Azren Albakri, Eleena Haris, Raqib Majid dan Zizi Kirana.


Karnival Muafakat Belia dan Penduduk Kampung

Apa khabar orang Segamat! Hujung minggu ni tak ada aktiviti? Tak pe, jangan risau kerana pada 2 dan 3 Mac 2018 ini ada Karnival Muafakat Belia dan Penduduk Kampung di Padang SK Kampung Tengah, Segamat.

Macam-macam aktiviti yang telah disusun oleh pihak penganjur sepanjang dua hari program berlangsung, antaranya:

▶ Program Johor Mahir (2.3.2018)
▶ Pertandingan Bola Jaring Tertutup (2.3.2018)
▶ Pertandingan Futsal (2.3.2018)
▶ Ceramah Perdana Dato’ Ustaz Kazim Elias (2.3.2018)
▶ Pertandingan Sukaneka (3.3.2018)
▶ Pertandingan Gubahan (3.3.2018)
▶ Pertandingan Masakan (3.3.2018)
▶ Tukar Minyak Hitam Motosikal Percuma (3.3.2018)
▶ Persembahan Busking (2&3.3.2018)
▶ Bersama Artis – Ebby Yus, Maya Matahari, Wahid Senario & Putih (2&3.3.2018)
▶ Program Bual Bicara Bersama Pemimpin (3.3.2018)
▶ Penyerahan Bantuan Kepada Asnaf (3.3.2018)
▶ Jualan (1-3.3.2018)
▶ Persembahan Korsert dan Kebudayaan (3.3.2018)
▶ Jualan Tiket Cabutan Nombor Bertuah

Apa yang menarik, program anjuran Belia 4B Sekijang ini mendapat kerjasama enam kampung. Wow!!

Antara kampung-kampung yang terlibat ialah  Jalan Pemuda, Kampung Tangjauh, Kampung Mengkudu, Kampung Tungku 3, Kampung Bukit Lintang & Kampung Tengah.

Jadi, tunggu apa lagi warga Segamat, kita bagi serbu program ini.
Jumpa di sana!!!!


Hospital Segamat cari waris mayat

SEGAMAT – Hospital Daerah Segamat (HDS) meminta bantuan orang ramai untuk mengesan dan mencari waris mayat yang tidak dituntut di Rumah Mayat HDS.

Pengarahnya, Dr Mokhtar Ahmad berkata, Lim Hock Beng, 75, meninggal dunia pada jam 2.20 petang 5 Februari lalu lalu dan sehingga kini mayatnya itu tidak dituntut.

“Alamat terakhir si mati adalah di Persatuan Kebajikan Kasih Segamat manakala alamat di dalam kad pengenalannya pula adalah di Kampung Jawa, Segamat.

“Saya meminta ahli keluarga atau orang ramai yang mengenali si mati ini dapat menghubungi HDS untuk urusan selanjutnya atau menghubungi Jabatan Forensik HDS di talian 079433333,” katanya dalam satu kenyataan.


Yok ke Fiesta Sehati @ RTM Peringkat Negeri Johor

Orang Segamat nak masuk tv dan radio tak??

Ha..kalau nak, mari ramai-ramai datang ke Fiesta Sehati @ RTM Peringkat Negeri Johor yang akan diadakan di Dataran Segamat selama dua hari pada 9 dan 10 Februari ini.

Dikhabarkan RTM juga akan membuat lintas langsung rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) dan rakaman-rakaman lain dan inilah masanya orang Segamat nak keluar tv.

Bukan itu sahaja, orang Segamat juga berpeluang berjumpa dengan penyampai-penyampai radio Johor FM, Nasional FM, Klasik FM dan jangan tak tahu, ada orang Segamat tau yang jadi penyampai radio Johor FM. Siapa? Datang la sendiri nanti jika anda nak tahu.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang dua hari fiesta ini berlangsung seperti pameran jabatan dan agensi, gerai jualan, kaunter perkhidmatan bayaran cukai, saman dan lesen dan program derma darah.

Ada juga ceramah agama dari Ustaz Ebit Liew, Konsert Fiesta Sehati @ RTM, persembahan artis-artis tempatan seperti  Yabang, Ameng, Bagio, Najwa & A Rahman Kamarudin serta Majlis Graduasi Pentauliahan dan Pengiktirafan ARPRM Tahun Penilaian 2017 Peringkat Daerah Segamat.

Ada juga perkhidmatan bas bergerak , Klinik Pergigian, SPR, JPJ, BOMBA. Pendek kata macam-macam ada. Ayuh warga Segamat semua dijemput hadir memeriahkan fiesta ini. Tak kan nak duduk rumah je hujung minggu ni!!


Segamat melakar sejarah

Bermula 1 Januari 2018, Majlis Daerah Segamat (MDS) akan dinaiktaraf menjadi Majlis Perbandaran Segamat dan berita ini adalah suatu yang amat menggembirakan bagi warga Segamat secara amnya.

Pelbagai aktiviti dan program menarik telah disusun oleh penganjur bermula 31 Disember 2017 antaranya Pertunjukan Drift pada jam 3.00 petang bertempat di Jalan Awang, Segamat (berhampiran Pejabat Pos) sebelum acara kemuncak pengisytiharan Majlis Perbandaran Segamat yang akan disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 31 Disember 2017 mulai jam 8.30 malam bertempat di Dataran Segamat.

KARNIVAL MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT

Bagi menyambut pengisytiharan majlis perbandaran ini, Majlis Daerah Segamat dengan kerjasama Citra Medini Event Management akan menganjurkan Karnival Majlis Perbandaran Segamat di Dataran Segamat bermula 5.01.2017 hingga 14.1.2018.

Selain itu, para pengunjung juga akan dihiburkan oleh barisan artis tempatan, pertandingan zapin dan kompang, auto show, forum perdana, pertandingan futsal, larian, konsert budaya dan banyak lagi.

Jadi, bagi penduduk di daerah ini, marilah beramai-ramai ke Dataran Segamat untuk menyaksikan detik bersejarah ini sekaligus memeriahkan karnival yang akan diadakan ini.


error: