Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Friday, May 21st, 2021

 

Wakaf Serendah RM20 Per Lot

Bagi menampung kos pembinaan Madrasah Tahfiz Nurul Imah, Juaseh, Labis.

Labis : Pengurusan Madrasah Tahfiz Nurul Iman Kampung Juaseh memerlukan kira-kira RM250,000 tambahan  bagi menampung kos menyiapkan Madrasah perempuan tahfiz tersebut yang sedang dalam pembinaan.

Pengerusinya, Mohd. Khair Mean berkata, orang ramai yang berhasrat untuk membantu boleh berwakaf dengan nilai RM 20 setiap lot bagi melancarkan pembinaan madrasah tersebut untuk menampung permintaan tinggi kemasukan pelajar perempuan yang semakin bertambah sejak kebelakangan ini.

“Pembinaan madrasah yang bakal menempatkan pelajar perempuan itu sudah berjalan sekitar 30 peratus dan apabila siap nanti dijangka mampu menempatkan sehingga 40 pelajar dengan segala kemudahan asas. Ketika ini terdapat 14 pelajar perempuan yang ditempatkan di sebuah rumah berhampiran yang disewa oleh pihak pentadbiran.

Pembinaan madrasah perempuan Tahfiz Nurul Iman Kampung Juaseh, Labis.

“Disebabkan masalah penempatan, kami terpaksa menghadkan kemasukan pelajar perempuan ketika ini walaupun mendapat permohonan yang tinggi,” katanya ketika ditemui di Madrasah Tahfiz Nurul Iman Kampung Juaseh, Labis di di sini.

Katanya, mereka yang bermurah hati bolehlah menyalurkan sumbangan mereka secara terus ke akaun semasa Bank Rakyat bernombor akaun 11-059435-4 dan akaun semasa Maybank bernombor 551119121703.


Secara keseluruhannya madrasah tahfiz tersebut yang memulakan operasi pada tahun 2016 dengan pengambilan hanya pelajar lelaki ketika itu mempunyai 37 pelajar lelaki dan 14 pelajar perempuan yang kemasukannya¬† bermula tahun 2019.Terdapat enam tenaga pengajar di tahfiz tersebut masing-masing empat guru lelaki dan dua perempuan yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mana yang ditetapkan.”Saya berharap bangunan dua tingkat yang berkeluasan kira-kira 4,000 kaki persegi ini dapat disiapkan menjelang hujung tahun ini bagi membolehkan pengambilan lebih ramai pelajar perempuan pada sesi tahun hadapan.

Madrasah Tahfiz Nurul Iman Kampung Juaseh, Labis yang menempatkan pelajar lelaki.

“Kami tidak menghadapi masalah bagi menempatkan pelajar lelaki kerana terdapat madrasah dua tingkat yang lengkap dengan kemudahan asas bagi menempatkan mereka sejak lebih setahun lalu,” katanya.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut, orang ramai boleh berhubung terus dengan Mohd. Khair sebagai pengerusi ditalian 019-7426309 atau Ramzan Sanusi selaku mudir ditalian 011-10786223 serta bendahari Siti Norizah Mohd Asrab ditalian 013-7982858.


error: