Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Sunday, April 29th, 2018

 

Karnival Muafakat 2018

Bosan tak tau nak buat apa sepanjang musim ‘raya’ ni?
Rimas dengan kempen politik je?
Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya.

Mari datang ramai-ramai ke Karnival Muafakat 2018 di Bandar Utama pada 27 April hingga 6 Mei ini.

Program anjuran Yayasan Muafakat dan kerjasama Renee Event ini akan diisi dengan pelbagai program dan aktiviti menarik yang pastinya sesuai dengan penduduk di daerah ini.

Bukan itu sahaja, pengunjung yang datang ke karnival ini juga akan dimeriahkan lagi oleh artis-artis jemputan seperti Yassin Senario, Bandi Amuk, Zamani Slam, Dwan Olan dan Upiak.

Majlis perasmian akan diadakan pada 1 Mei ini dan akan dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan Muafakat, Anuar Abdul Manap.

Turut diadakan adalah pertandingan autoshow and show off, classic, vintage, 4×4 pacuan 4 roda, split fire show & motorized trike drift competition yang akan diadakan pada 5 Mei.

Fuhh..Tak nak cerita banyak. Jom ramai-ramai kita datang ke Karnival Muafakat 2018 ini dan sama-sama kita rasakan kemeriahannya.

Jumpa di sana!!!!


error: