Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Monday, March 12th, 2018

 

Jom ke Program Sepakat Komuniti 1Malaysia

Satu lagi program peringkat Negeri Johor akan diadakan di Segamat, Johor hujung minggu ini yang menyajikan pelbagai aktiviti dan program sepanjang ia berlangsung.

Bermula dengan karnival pada 9 Mac 2018, Program Sepakat Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri Johor 2018 kali ini mengambil tempat di kawasan lapang di Taman Utama, Segamat sehingga 17 Mac 2018.

Program anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dan Komuniti 1Malaysia Negeri Johor ini akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat pada 17 Mac ini pukul 4.45 petang,

Selain itu, pelbagai program dan pengisian bermanfaat telah disusun oleh pihak penganjur. Antaranya adalah Ceramah Agama Perdana yang akan disampaikan oleh Dato’ Ustaz Badlishah Alauddin pada 15 Mac 2017 mulai jam 9.00 malam dan sesi Town Hall ‘Segar Amat’ yang akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap pada 17 Mac 2018 mulai jam 8.30 malam.

Bukan setakat itu sahaja, malah pertandingan Battle of i-Busking akan diadakan pada 16 Mac 2018 di mana johan pertandingan akan membawa pulang wang tunai RM1,000, piala dan sijil penyertaan.

 

Terdapat juga persembahan artis-artis popular seperti Mark Adam, Waris, Zizi Kirana, Jussthin, Eleena Haris dan ramai lagi. Jumpa di sana!!!

Berikut adalah aturcara program yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

9-17 Mac 2018
Karnival Program Sepakat Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri Johor 2018

10 Mac 2018 (Sabtu)
Konsert 60an
The rythym Brothers Band

11 Mac 2018 (Ahad)
Bersama Artis Jemputan
Intan Madura

12 Mac 2018 (Isnin)
Projek Radio Band
Emcee Shaz Ley bersama Suara Sepakat Sepentas.

13 Mac 2018 (Selasa)
Konsert Irama Dangdut
Seroja Band

14 Mac 2018 (Rabu)
Emcee Shazley bersama Kuiz Spontan Hadiah Misteri

15 Mac 2018 (Khamis)
10.00 pagi
Pameran dan Jualan Produk K1M seluruh negeri Johor
Jualan Usahawan Sahabat AIM Segamat

9.00 malam
Ceramah Perdana oleh Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin

16 Mac 2018 (Jumaat)
9.00 pagi
Pameran dan Jualan Produk K1M seluruh negeri Johor
Jualan Usahawan Sahabat AIM Segamat
Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

3.30 petang
Pertandingan Autoshow Kelab Exora
Battle of i-Busking (Saringan)
Pertandingan Karaoke Patriotik (Saringan)
Kembara Ziarah Kasih

9.00 malam
Battle of i-Busking & Pertandingan Karaoke Patriotik (Akhir)

17 Mac 2018 (Sabtu)
8.30 pagi
Pameran dan Jualan Produk K1M seluruh negeri Johor
Jualan Usahawan Sahabat AIM Segamat
Zumba
Pertandingan Masakan
Pertandingan Gubahan
Pertandingan Pakaian Beragam
Treasure Hunt Kelab 1Malaysia Daerah Segamat

2.30 petang
Sukan Rakyat K1M Negeri Johor

4.45 petang
Majlis Perasmian
Program Sepakat Komuniti 1 Malaysia Peringkat Negeri Johor

8,30 malam
Townhall
Persembahan artis jemputan
Mark Adam, Waris, Aaron Abdul, Farah Farhanah, Yus Zainal, Juzzthin, Azren Albakri, Eleena Haris, Raqib Majid dan Zizi Kirana.


error: