Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Wednesday, November 8th, 2017

 

Kakitangan JKR meninggal dunia ketika bekerja

SEGAMAT – Seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika sedang melakukan kerja di Taman Astakajaya, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Raub Selamat berkata, dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, mangsa, Azemi Ahmad, 51, yang bekerja sebagai pemotong rumput mengadu mengalami kesukaran bernafas dengan rakan sekerjanya yang lain.

“Beberapa rakan sekerja mangsa kemudian meminta lelaki itu duduk berehat di pondok menunggu bas berhampiran jalan raya utama namun mangsa tiba-tiba rebah di atas lantai dan tidak sedarikan diri.

“Orang ramai yang melalui kawasan tersebut kemudian sempat membantu mangsa sebelum manga disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba tidak beberapa lama kemudian,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya untuk dikebumikan.

Katanya, kes di klasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan pihaknya sedang menunggu laporan penuh bedah siasat dalam masa terdekat.


error: