Menu Utama
  • Kongsi info dan berita terkini Segamat bersama kami
  • Hantar info dan berita anda melalui emel admin-support@segamat.com.my

Monday, January 16th, 2017

 

MDS akan kuatkuasakan peraturan baharu

SEGAMAT – Majlis Daerah Segamat (MDS) akan menguatkuasakan peraturan baharu yang meminta semua syarikat pembekal tong Roll On Roll Off (Roro) di daerah Segamat berdaftar dengan Solid Waste Corporation (SWCorp) bermula 1 Januari tahun hadapan.

Yang Dipertuanya, Miswan Yunos berkata, ini kerana pihaknya telah menerima beberapa aduan mengenai pembuangan sisa binaan yang tidak diurus dengan sempurna sehingga mencemarkan imej pentadbiran MDS.

“Bermula 1 Januari lalu, semua permohonan pelan tambahan atau perubahan struktur bangunan atau kediaman yang dikemukakan kepada MDS perlu dikemukakan sekali salinan resit pembayaran sewa tong Roro daripada syarikat yang berdaftar dengan SWCorp.

“Syarikat-syarikat ini akan diwajibkan membuang sisa-sisa pembinaan di tapak pelupusan sampah yang dikawal selia oleh Southern Waste Management (SWM).” katanya ketika Mesyuarat Penuh MDS Bulan Disember di Bilik Mesyuarat MDS baru-baru ini.

Menurutnya, sehingga kini terdapat dua syarikat yang telah berdaftar dengan SWCorp manakala tiga lagi dalam proses permohonan dan pengurusan sisa pembinaan yang tidak bersistematik akan mendatangkan masalah kepada semua pihak.

Miswan Yunos

Katanya, perkara ini juga selaras dengan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1947 (Akta 133) Seksyen 46(1)(|F) yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM500 kepada mereka yang meletakkan sampah atau barang-barang lain di mana-mana kawasan awam.

Pada masa sama, MDS akan mewujudkan Rakan Taman bermula pada tahun hadapan selaras dengan hasrat kerajaan melalui Jabatan Lanskap Negara agar masyarakat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat dalam penjagaan kawasan persekitaran.

“Rakan Taman ini merupakan program kesukarelawan bagi menggalakkan masyarakat memelihara, menjaga keindahan dan kebersihan lanskap serta taman di kawasan kejiranan mereka.

“Mereka juga berperanan membantu pihak PBT menjaga dan dan menyelenggara kawasan kejiranan melalui sumbngan tenaga, input atau peralatan secara sukarela seperti pemotongan rumput, penanaman pokok dan pembersihan longkang,” katanya.

Menurutnya, beliau juga telah meminta semua Ahli Majlis MDS agar menggerakkan masyarakat untuk menjalankan operasi memusnahkan kawasan-kawasan yang berisiko untuk pembiakan nyamuk aedes mengikut zon masing-masing.

Katanya, Unit Vektor MDS juga telah diarah untuk bersama-sama Ahli Majlis untuk melaksanakan operasi denggi ini terutamanya ketika musim tengkujuh yang boleh menyebabkan peningkatan kes denggi di daerah ini.


Kaunter Bergerak SSM 2017 Segamat

Di bawah ini disertakan jadual Perkhidmatan Kaunter Litar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Segamat sepanjang tahun 2017 yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk peniaga-peniaga yang tinggal di Segamat dan yang berhampiran.

Masa Operasi dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di LK1, Bangunan Aked MARA, Jalan Ibrahim, 85000 Segamat, Johor Darul Ta’zim.

HARI TARIKH
SELASA & RABU 03.01.2017 & 04.01.2017
17.01.2017 & 18.01.2017
07.02.2017 & 08.02.2017
21.02.2017 & 22.02.2017
07.03.2017 & 08.03.2017
21.03.2017 & 22.03.2017
04.04.2017 & 05.04.2017
18.04.2017 & 19.04.2017
ISNIN & SELASA 08.05.2017 & 09.05.2017
SELASA & RABU 23.05.2017 & 24.05.2017
06.06.2017 & 07.06.2017
20.06.2017 & 21.06.2017
11.07.2017 & 12.07.2017
25.07.2017 & 26.07.2017
08.08.2017 & 09.08.2017
22.08.2017 & 23.08.2017
05.09.2017 & 06.09.2017
19.09.2017 & 20.09.2017
03.10.2017 & 04.10.2017
24.10.2017 & 25.10.2017
07.11.2017 & 08.11.2017
21.11.2017 & 22.11.2017
05.12.2017 & 06.12.2017
19.12.2017 & 20.12.2017

error: